Contact Us

For any inquiry please contact me at / Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi saya di :

: 012 319 2087 ( Zue )

: 012 246 9704 ( Ihsan )

: 03 2202 1215

Or / Atau

Email : zueoutlet@yahoo.com


Wednesday, December 18, 2013

Herbalife, pengurusan berat badan dan kesihatan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera, kami bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kami masih dianugerahkan dengan nikmat Iman dan Islam. Kami juga bersyukur kepada Allah s.w.t kerana kami masih diberi peluang untuk membantu lebih ramai insan yang mengharapkan perubahan didalam kehidupan mereka.

Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah ada jalan penyelesaianya. Setelah kami sekeluarga mengamalkan produk Herbalife sejak beberapa tahun ini, kami dapat merasakan Herbalife adalah suatu medium yang paling berkesan dan mudah diamalkan dalam kehidupan yang serba pantas ini selepas kehidupan secara sunnah, mengapa? Jika dilihat kehidupan masyarakat pada hari ini, rata-ratanya mereka lebih cenderung memilih, melakukan dan mengamalkan sesuatu perkara dengar kadar segera. Sebagai contoh memilih makanan segera berbanding makanan lengkap, minum minuman segera seperti air kotak dan tin, penggunaan smart tag dijalan raya, lebih suka menggunakan lif tidak menggunakan tangga, alat senaman eletronik seperti mesin yang menggunakan arus eletrik tanpa perlu keluar beriadah dan banyak lagi contoh-contoh yang dapat di lihat pada hari ini. Bertindak cepat sentiasa memberi peluang yang lebih baik kepada pengamalnya, namun begitu adakalanya kita masih mampu membuat pilihan yang lebih bijak.

Herbalife, pengurusan berat badan dan kesihatan. Mungkin ramai yang masih keliru atau tidak pasti siapa sebenarnya yang memerlukan produk Herbalife? apa itu produk Herbalife? dan mengapa ramai pengguna memilih produk Herbalife?

Produk Herbalife sesuai digunakan oleh individu yang memerlukan suatu kaedah pengurusan berat badan dengan tempoh penyediaan yang cepat tetapi mengandungi 55 nutrisi dan 18 asid amino bagi setiap 1 sajian. Herbalife juga sesuai bagi individu yang ingin melengkapkan pengambilan nutrisi setiap hari dan produk Herbalife juga amat sesuai untuk setiap individu yang mengutamakan penjagaan kesihatan didalam kehidupan mereka. Dari pengalaman kami, mengamalkan nutrisi ketika sedang mengandung dapat membekalkan nutrisi tambahan pada kandungan. Ketika sedang menyusukan bayi pula, kami dapati bayi lebih kerap menyusu kerana susu badan terasa lebih pekat ketika mengamalkan nutrisi Herbalife.



Produk Herbalife adalah hasil kajian para saintis yang terkemuka diseluruh dunia, setiap produk Herbalife yang dihasilkan dan dipantau sepenuhnya bermula dari peringkat pembenihan sehingga ke peringkat penghantaran kepada pengedar dimana sebanyak 14 peringkat saringan dilakukan sebelum produk Herbalife diguna pakai oleh pengguna akhir. Mungkin bagi sesetengah pihak usaha seperti ini sudah pun dikatakan hebat, tetapi ia masih tidak memadai buat syarikat Herbalife. Syarikat Herbalife begitu komited terhadap peningkatan kualiti produk yang dikeluarkan, sehubungan dengan itu kajian dan penyelidikan yang berterusan sentiasa dijalankan oleh doktor-doktor pakar dan para saintis yang terpilih. Bimbang dengan hasil tani yang tidak menepati piawaian Herbalife, syarikat Herbalife mempunyai ladang bagi setiap hasil tani yang digunakan dan apa yang lebih meyakinkan setiap tanaman di tanam di negara-negara yang berbeza bagi memastikan iklim, kesuburan tanah dan bentuk muka bumi sesuai untuk setiap tanaman produk Herbalife. Dari segi teknologi pula, syarikat Herbalife menggunakan kaedah yang paling maju pada abad ini iaitu Selular Nutrisi. Teknologi Selular Nutrisi secara ringkasnya membekalkan nutrisi bagi setiap sel-sel badan dan kaedah ini telah pun di paternkan dari dicetak rompak. Syarikat Herbalife turut membelanjakan ratusan juta dollar untuk tujuan penyelidikan dan teknologi dalam menghasilkan produk Herbalife.

Produk utama Herbalife terdiri dari 5 perasa yang berbeza iaitu cokelat, strawberi, vanilla, tropical fruit dan capuccino. Produk Herbalife sememangnya sangat sedap dan boleh digayakan dengan pelbagai cara seperti campuran buah-buahan, ice blended, chip chocolat, soya, susu segar, jus buah-buahan dan pelbagai lagi mengikut kreativiti anda. Namun begitu kami menasihatkan supaya anda mendapatkan nasihat dari jurulatih Herbalife anda sebelum membuat sebarang campuran bagi mengelakan penambahan kalori yang tidak diperlukan dan penggunaan bahan-bahan yang tidak sihat. Kami telah berjumpa dengan ramai individu yang telah mengamalkan produk Herbalife selama lebih 30 tahun dan mereka tidak pernah merasa bosan dan jemu. Bahkan CEO syarikat Herbalife iaitu Micheal O Johnson turut mengamalkan produk Herbalife setiap hari iaitu sebanyak 14 kali pengambilan sehari dan cuba bandingkan dengan apa yang dapat di lihat disekeliling kita pada hari ini, adakah ia sama seperti produk Herbalife?


Bagaimana pula kami mengaplikasikan penggunaan produk Herbalife didalam kehidupan yang serba pantas ini? Sebelum itu cuba kita imbas kembali praktis kehidupan ahli keluarga, rakan serumah dan orang ramai disekeliling kita. Berapa ramai yang sering tergesa-gesa diwaktu pagi sehingga tidak sempat menyediakan sarapan yang berkhasiat? atau mungkin ada yang langsung tidak sempat mengambil sarapan pagi. Adakah anda akan merasa hairan jika kami katakan kami tidak pernah terlepas mengambil sarapan pagi setiap hari. Mudah bagi kami melakukanya kerana penyediaan sarapan pagi dengan Herbalife hanya mengambil masa kurang dari 2 minit sahaja.

Herbalife sangat berbeza dengan produk yang ada dipasaran pada hari ini samada dari segi kualiti mahupun sistem. Penggunaan produk Herbalife lebih kepada penjagaan, pemantauan dan pemerhatian. Penggunaan produk Herbalife mestilah besertakan Jurulatih produk Herbalife berbanding sesetengah produk yang lebih fokus kepada jualan bukan keputusan selepas menggunakanya. Jadi tidak hairanlah produk Herbalife kini memiliki lebih 80 juta testimoni pengguna yang berjaya diseluruh dunia. Angka ini bukanya satu jumlah yang kecil dan hanya produk yang berkualiti dan berkesan sahaja mampu mencapai angka seperti ini dan untuk makluman semua pada hari ini testimoni pengguna produk Herbalife terus meningkat setiap masa.

Kita semua sedia maklum jika mengamalkan kehidupan dan pemakanan yang sihat ia akan membina keluarga yang sihat, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sanggup melakukanya? Mempunyai ilmu pengetahuan belum tentu mudah untuk mengamalkanya, memiliki kekayaan dan kemewahan bukan jaminan untuk kekal sihat. Jika kita mempunyai ilmu dan kemampuan yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain, mengapa kita tidak memanafaatkanya untuk kesihatan. Masyarakat hari ini harus sedar bahawa kesihatan diri bukan tanggungjawab kerajaan, kementerian kesihatan, ibu bapa, suami isteri mahupun anak-anak tetapi ia adalah tanggungjawab diri sendiri. Kesihatan adalah amanah yang Allah s.w.t telah berikan kepada manusia untuk dipelihara dan digunakan untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.


Apabila anda pergi menziarahi orang yang sedang sakit di hospital, adakah anda sering mendengar mereka berkata alangkah baiknya kalau dapat berjalan, alangkah baiknya kalau aku dapat bangun, alangkah baiknya jika kaki ku tidak dipotong, alangkah baiknya jika aku sihat kembali, alangkah baiknya jika aku dapat makan dan minum seperti orang lain, alangkah baiknya kalau aku dapat pergi ke tandas seperti sedia kala. Semua yang di ucapkan adalah dalam bentuk penyesalan, adakah kita benar-benar bersedia untuk menghadapi kehidupan alam barzakh? adakah kita telah menyediakan keperluan yang secukupnya untuk keluarga kita? oleh itu apakah alasan kita tidak menjaga kesihatan?. Kelahiran, kematian, rezeki dan pertemuan adalah ketentuan Allah s.w.t tidak mungkin kita dapat mengawalnya. Tetapi kesihatan adalah pilihan diri sendiri, kita yang merencana pengambilan nutrisi dan aktiviti kehidupan kita. Sanggupkah kita membiarkan keluarga kita merana tanpa ibu ayah disisi mereka? tergamakah kita melihat anak-anak kita merana gara-gara gaya hidup masa kini?

Bukakan mata hati anda dan lihatlah penyelesaian kini ada di depan mata, semua orang mampu mengubah kesihatan kepada yang lebih baik, semua orang mampu berubah kepada kehidupan yang lebih sihat. Herbalife adalah pilihan yang paling bijak bagi pengurusan berat badan dan kesihatan anda dan keluarga.

- Pengedar bebas Herbalife dan Jurulatih produk Herbalife Ihsan dan Zue -

Sunday, November 10, 2013

Perjalanan kami sebelum dan selepas Herbalife

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera, "perjalanan kami sebelum dan selepas Herbalife" adalah satu perkongsian bagaimana bermulanya kehidupan kami sebelum dan selepas Herbalife. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini ia dapat memberi keyakinan dan manafaat untuk anda semua di masa akan datang.

Sebelum mengenali Herbalife kami memang sudah meminati dunia perniagaan. Kami yakin pada hadith-hadith nabi, dimana Rasulullah s.a.w telah bersabda "9/10 cabang rezeki adalah dengan berniaga". Hadith dan sunnah nabi juga adalah sumber motivasi dan inspirasi kami sekeluarga. Kami juga mengamalkan bacaan Mutakhab hadith dan Fadhilat amal setiap pagi selepas subuh bersama seluruh ahli keluaga. Aktiviti ini sangat bagus jika diamalkan kerana ia adalah aktiviti yang dilakukan di masjid Nabawi sejak zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Seperti  insan lain, kami tidak mempunyai modal perniagaan yang besar namun itu bukan lah penghalang kami untuk berusaha. Kami suami isteri bermula dengan membuat dadih dan menjaja di tasik-tasik sekitar ampang dan cheras. Pada masa itu kami tidak memiliki kereta dan hanya memiliki sebuah motosikal sahaja. Kami simpan dadih bersama air batu didalam kotak motor, raga dan sebuah bekas untuk dibawa mengelilingi tasik. Kami menjinjit bekas dadih bersama air batu didalamnya bagi memastikan dadih berada dalam keadan sejuk dan berjalan mengelilingi tasik "bang, nak beli dadih bang, sejuk dan memang sedap makan waktu panas² ni, macam-macam perisa ada..seringgit satu je bang" itulah yang kami sering ucapkan apabila melalui pengunjung-pengunjung tasik. Pot-pot pancing dan kedai jualan kereta juga menjadi arah tuju kami pada waktu itu. Ada yang menerima kehadiran kami dan ada juga yang tidak namun begitu, setiap kali ada yang menolak kami bercakap sesama sendiri "kesian dia, tak dapat rasa dadih yang sangat sedap ni" sambil ketawa dan tersenyum sesama sendiri. Kami tidak pernah merasa malu kerana kami yakin rezeki yang kami cari adalah halal walaupun kecil pada pandangan masyarakat namun ia besar buat kami.

Alhamdulillah Allah s.w.t memudahkan urusan kami. Ibu yang tercinta menghadiahkan sebuah kereta kepada kami. Sebenarnya kami bukanlah dari keluarga yang susah, kedua orang tua kami memiliki perniagaan sendiri namun itu bukan suatu alasan untuk kami tidak berusaha. Segala yang dimiliki oleh kedua orang tua kami adalah hasil titik peluh mereka dan kami suami isteri kami harus berusaha untuk memiliki kejayaan sendiri. Dengan modal yang kecil kami menjual dadih dan kami berjaya mengumpul sedikit keuntungan. Kami berniaga pula dihadapan sekolah agama, sekolah menengah, taman tasik dan taman rekreasi dengan menggunakan konsep boot sale, jualan pada bonet kereta. Kami hanya meletakan sebuah meja jika waktu "line clear" iaitu pada masa tiada penguatkuasa, disana kami menjual dadih, sosej dan air minuman.


Apabila tiba akhir tahun, kami akan menjual burger di dataran pada malam tahun baru. Kami juga menyewa tapak bazar ramadhan setiap kali bulan puasa, kami menjual air dan roti john. Sebulan dua sebelum puasa kami akan mempromosikan kuih raya kepada kawan-kawan dan ahli keluarga. Jika ada kuih raya yang tidak habis kami akan buka meja dijalan TAR pada malam raya sehingga pagi raya. Pada masa itu pihak berkuasa tidak mejalankan sebarang operasi, mungkin kerana mereka ingin memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil seperti kami mencari sedikit duit raya.

Setelah suami mendapat pekerjaan tetap segala aktiviti terhenti seketika kerana waktu kerja yang tidak menentu. Dirumah kami mencari peluang untuk menambah pendapatan sampingan, dimana kami menjual tudung dan comforter dihalaman rumah dan secara online di http://zuebusana.blogspot.com.

Sehingga pada suatu hari kami diperkenalkan dengan Herbalife melalui seorang adik kami Nasyrah Hanim. Beliau mendapat hasil yang luarbiasa setelah mengamalkan produk Herbalife. Saya merasa sangat teruja dan berjaya memujuk suami untuk mengamalkan dan menjalankan perniagaan Herbalife secara sambilan. Pada peringkat permulaa hajat saya mendapat tentangan hebat dari suami kerana kami sedang menjalankan perniagaan menjual tudung dan comforter. Namun setelah kami balik dari satu perjumpaan Herbalife Opportunity Meeting (HOM), suami melihat suatu peluang yang lebih baik bersama Herbalife. Kami bermula secara online di http://herbalifecoaching.blogspot.com. Kami juga menghadiri latihan-latihan yang dijalankan samada dalam dan luar negara. Kami sentiasa membawa bersama anak-anak kami bagi kami biarlah susah senang kami bersama-sama. Sekurang-kurangnya anak-anak dapat melihat bagaimana ibu bapa mereka mencari rezeki.

Arwah Muhammad Danial Israfil

Arwah Muhammad Danial Israfil


Masih segar dalam ingatan kami, kami membawa arwah anak kami Muhammad Danial Israfil bersama-sama kakak dan abang Israfil ke Singapura untuk menghadiri Extravaganza. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, kami berulang alik dari Johor ke Singapura dengan mendukung ketiga-tiga anak kami. Memang penat tetapi itulah kenangan yang amat berharga buat kami dan kami yakin bahawa arwah sentiasa mengingati dan mendoakan kami disana.

Sepanjang penceburan kami didalam Herbalife, kami tidak pernah mengenal erti jemu dan penat. Kami tidak hanya bergantung pada jualan secara online sahaja. Kami juga keluar membuka booth dan mengedarkan risalah apabila kami mempunyai kelapangan masa. Kami tahu bukan mudah untuk mengecapi kejayaan dan apa yang kami lakukan pada hari ini adalah jauh lebih mudah dari apa yang kami lakukan sebelum Herbalife.


Disamping menjadi jurulatih, kami sekeluarga adalah pengguna produk Herbalife. Kami juga mendapat kesan yang baik apabila mengamalkan produk Herbalife. Saya sendiri turun 6kg dan improve masalah kesihatan seperti muka pucat dan kurang tenaga. Manakala suami turun 13kg, improve masalah kesihatan seperti migrain, darah tinggi dan kurang tenaga badan. Kami sekeluarga mengamalkan produk Herbalife setiap hari.




Dalam setiap usaha yang kita lakukan pasti ada ujian, sekiranya kita berjaya menempuhi setiap ujian maka setiap kali itulah kita akan menjadi lebih kuat. Jangan berputus asa atau terkesan dengan pandangan negatif orang lain. Pada kami, halangan yang paling besar bukanlah dari orang lain, tetapi dari diri sendiri. Halangan yang kami maksudkan itu adalah sikap. Sikap malas, sikap suka mengambil mudah, sikap melengah-lengah dan segala sikap negetif yang ada didalam diri kita. Jika kita berjaya mengatasi segala halangan ini, kita pasti akan menjadi orang yang lebih kuat dan lebih baik.

Tidak tergambar penat lelah dan ujian kami didalam Herbalife. Tetapi kami teruskan juga perjuangan kami, kerana kami yakin suatu hari nanti kami pasti akan berjaya. Kami sedar hanya dengan satu alasan sahaja boleh memusnahkan segala impian kami. Oleh sebab itu segala halangan dan ujian, kami harus tangani secara positif. Niat kami ingin membantu lebih ramai orang menjadi lebih sihat dan kami amat yakin dengan keberkesanan produk Herbalife. Kami yakin kerana kami sekeluarga telah mendapat kesihatan yang baik dengan Herbalife. Kami yakin kerana kedua ibubapa kami dan adik beradik kami telah mendapat kesihatan dengan Herbalife. Kami yakin kerana pelanggan-pelanggan kami telah mendapat kesihatan yang baik dengan Herbalife. Kami juga yakin dengan Herbalife kami boleh mengubah kehidupan kami dan kehidupan orang lain menjadi lebih baik.








Kami akui, amat sukar untuk menjadi seorang multi billionaire dengan Herbalife. Kami tidak meletakan impian setinggi itu untuk berjaya didalam Herbalife, impian kami biarlah cukup segala keperluan keluarga, kami mempunyai simpanan, financial freedom, dapat membawa kedua orang tua kami mengerjakan Haji dan Umrah, membantu adik beradik kami dan membantu orang disekeliling kami dan dapat menunaikan zakat. Sebelum ini kami merasa amat sedih kerana pernah kami pergi ke pusat pungutan zakat selangor, apabila pegawai zakat membuat pengiraan, kami dimaklumkan kami tidak layak membayar zakat. Kami berazam kami ingin membayar zakat kerana itu adalah salah satu simpanan kami di akhirat, kami ingin menjadi orang yang kaya didunia dan juga diakhirat. Dan sekiranya Allah telah menetapkan rezeki kami menjadi seorang billionaire maka kami terima rezeki dari Nya.

Untuk menjayakan matlamat kami menjadi kenyataan ia mestilah dilaksanakan dengan sistem yang sesuai. Herbalife telah menyediakan sistem yang telah terbukti berkesan, segalanya bergantung kepada kita samada untuk mengikutinya ataupun tidak. Doa, usaha dan tawakal adalah pegangan kami dalam menjalankan sistem yang kami ikuti. Kami sentiasa melabelkan diri kami dengan Herbalife, "we are the brand" and "be the brand" itulah diantara kata-kata yang disampaikan oleh pengasas dan CEO Herbalife. Hari ini kami telah melabelkan diri kami dengan Herbalife sepenuhnya.




Kami juga telah memperluaskan perniagaan kami dengan membuka kelab Nutrisi Slim & Fit di Petaling Jaya. Dengan adanya kelab ini, kami berharap dapat membantu lebih ramai orang menjadi sihat. Kami menjalankan pelbagai aktiviti di kelab kami, diantaranya majlis hari jadi, senaman, aktiviti melakar impian dan pelbagai lagi aktiviti menarik.



 

Kami amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat Nya, kami dapat membina kehidupan kami yang hanya bermula dengan menaiki motor menjual dadih. Kini kami memiliki kenderaan yang lebih selesa, perniagaan yang lebih stabil dan kelab Nutrisi kami sendiri. Segalanya tidak mustahil dan ia boleh berlaku kepada sesiapa juga. Yang penting doa, usaha, tawakal dan ikut sistem yang telah disediakan secara serius. Kami belajar melalui pengalaman kami, dan sekiranya anda benar-benar serius kami sedia berkongsi dengan anda bagaimana kami melakukanya. Setiap rezeki datangnya dari Allah s.w.t, yakin pada janji-janji Allah "man jadda wajada" siapa berusaha dia dapat. Berdoalah kepada Allah seperti firman Allah s.w.t "minta lah kepada ku, nescaya aku akan memperkenankanya".

Tepuk dada tanya selera apa jua yang kita ingin lakukan, pasti ada kejayaan disebaliknya. Apa yang penting konsisten dan terus berusaha sehingga kita berjaya. It dosent matter who you are today but the most important is who you will become tomorrow. Tidak pernah terlewat untuk kita melakukanya, tetapi mengapa perlu kita menangguh-nangguh untuk melakukanya. Kami mendoakan anda semua berjaya dunia dan akhirat dan kami juga mengharapkan doa dari anda dengan mendoakan kejayaan kami.

- Pengedar Bebas Herbalife & Jurulatih produk Herbalife Ihsan dan Zue -

Services

Kami menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia.

Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor, Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor

Kami juga mencari mereka yang berminat untuk menjadi Pengedar bebas di seluruh Malaysia. Bermula hari ini dan hubungi kami dengan segera untuk mendaftar.